Kenapa ferritin diuji, bukan hemoglobin sahaja
Ferritin menggambarkan simpanan zat besi dalam badan. Simpanan ini susut dahulu, berminggu-minggu atau berbulan-bulan sebelum hemoglobin jatuh dan anemia kelihatan dalam kiraan darah biasa. Sebab itu seseorang boleh mempunyai hemoglobin yang normal tetapi simpanan zat besi yang sudah sangat rendah, dengan simptom seperti letih dan rambut gugur.
Dengan mengesan ferritin rendah lebih awal, rawatan boleh dimulakan sebelum keadaan bertambah teruk. Maklumat tentang anemia ada di halaman kurang darah (anemia).