Ujian FAST: empat perkara yang perlu diperiksa
- F (Face / muka): minta dia senyum. Adakah sebelah muka jatuh atau herot?
- A (Arm / lengan): minta dia angkat kedua-dua tangan. Adakah sebelah tangan jatuh atau tidak dapat diangkat?
- S (Speech / pertuturan): minta dia ulang ayat mudah. Adakah percakapannya pelat, tidak jelas atau langsung tidak keluar?
- T (Time / masa): jika ada mana-mana satu tanda, hubungi 999 serta-merta dan catat waktu simptom bermula.
Catatan waktu itu penting kerana rawatan pelarut darah beku di hospital hanya boleh diberi dalam tempoh beberapa jam pertama selepas simptom bermula.