Siapa yang datang ke klinik untuk darah tinggi
Kebanyakan pesakit datang dalam salah satu situasi ini: bacaan tinggi ditemui semasa pemeriksaan kerja, FOMEMA atau di farmasi; mesin di rumah menunjukkan bacaan tinggi berulang kali; sudah ada ubat tetapi mahu memindahkan susulan ke klinik yang lebih dekat; atau ubat hampir habis.
Darah tinggi biasanya tiada gejala, jadi bacaan tinggi perlu disahkan dengan beberapa bacaan pada masa berbeza sebelum diagnosis dibuat. Jangan mulakan atau berhenti ubat sendiri berdasarkan satu bacaan.