Sebelum datang: maklumat yang membantu doktor
Gejala gastrik boleh berpunca daripada keradangan perut (gastritis), refluks asid, ulser, jangkitan H. pylori, batu hempedu atau, kadangkala, masalah yang lebih serius. Maklumat yang jelas membantu doktor membezakannya dengan lebih cepat.
Sebelum datang, cuba ingat bila gejala bermula, sama ada ia berkaitan dengan waktu makan, sama ada anda terjaga malam kerana sakit, dan makanan atau minuman yang memburukkannya. Senaraikan semua ubat yang anda ambil, termasuk ubat tahan sakit, aspirin, ubat gastrik yang dibeli di farmasi, suplemen dan produk tradisional.
Jika anda berhasrat membuat ujian nafas H. pylori, telefon atau WhatsApp dahulu. Ubat gastrik jenis penurun asid dan antibiotik boleh menjejaskan keputusan ujian, jadi anda mungkin perlu berhenti untuk satu tempoh sebelum ujian. Jangan hentikan ubat sendiri jika anda pernah mengalami ulser atau pendarahan; bincang dengan doktor dahulu.