Siapa yang patut memeriksa buah pinggang
Saringan buah pinggang disyorkan, biasanya setahun sekali, jika anda:
- menghidap kencing manis;
- menghidap darah tinggi;
- ada penyakit jantung atau pernah mendapat strok;
- ada ahli keluarga dengan penyakit buah pinggang;
- pernah mendapat batu karang berulang atau gout;
- kerap mengambil ubat tahan sakit jenis NSAID, atau ubat jangka panjang yang memerlukan pemantauan buah pinggang;
- berumur lebih 60 tahun, atau berat badan berlebihan.
Pekerja yang bekerja lama di tempat panas dan kerap kurang minum air juga wajar memeriksa buah pinggang dari semasa ke semasa.