Singkatan yang selalu tertulis pada borang
- FBC (full blood count): kiraan sel darah.
- LFT (liver function test): ujian fungsi hati.
- RP (renal profile): profil buah pinggang.
- FBS (fasting blood sugar): gula darah selepas berpuasa.
- Lipid profile: kolesterol dan lemak dalam darah.
Semua ujian ini memberi petunjuk, bukan diagnosis. Satu ujian jarang memberi jawapan muktamad, sebab itu doktor selalunya melihat beberapa ujian bersama-sama, bersekali dengan simptom anda.