Empat keperluan kesihatan pekerja asing yang biasa
Dari sudut majikan, keperluan kesihatan pekerja asing boleh dibahagikan kepada empat: (1) pemeriksaan FOMEMA untuk permit kerja, sama ada semasa mula tiba atau pembaharuan tahunan; (2) medical tambahan yang syarikat sendiri mahu untuk jawatan tertentu; (3) surveilan perubatan dan penilaian kecergasan bekerja di bawah program kesihatan pekerjaan; dan (4) rawatan biasa apabila pekerja sakit atau cedera.
Setiap satu mempunyai tujuan, borang dan pihak penilai yang berbeza. Kekeliruan antara keempat-empat ini ialah sebab biasa pekerja perlu datang dua kali. Maklumkan kepada kaunter jenis lawatan yang anda perlukan semasa menempah.