Luka yang boleh dirawat di klinik
Luka terhiris atau tercucuk yang pendarahannya terkawal, luka yang perlu dijahit, lecur ringan yang kecil, luka lecet akibat jatuh motosikal, benda asing di kulit seperti serpihan atau kawat, kuku yang tercabut, dan luka pada kaki pesakit kencing manis. Doktor membersihkan luka, membuang kotoran, menjahit atau menutup dengan pita khas jika sesuai, membalut, dan membincangkan suntikan tetanus jika perlu (tertakluk kepada stok).
Tekan luka dengan kain bersih semasa perjalanan ke klinik dan jangan sapu apa-apa seperti ubat gigi atau minyak pada lecur. Lihat rawatan luka dan dressing dan klinik jahit luka Masai.
Luka gigitan haiwan atau luka yang kotor dengan tanah dan karat memerlukan pembersihan yang lebih teliti dan kadangkala antibiotik; jangan tutup luka begini dengan plaster sahaja dan tunggu beberapa hari.