Langkah 1: pendaftaran di kaunter
Tunjukkan MyKad atau pasport. Jika ini lawatan pertama, kaunter merekodkan maklumat asas dan alahan ubat; jika anda pernah datang, rekod lama digunakan. Beritahu kaunter jika anda menggunakan panel majikan atau institusi (kaunter akan semak liputan panel anda), jika anda datang dengan anak kecil yang demam, atau jika anda perlukan surat untuk majikan atau institusi.
Jika keadaan anda nampak serius semasa mendaftar — sesak nafas, sakit dada, sangat lemah — kaunter akan memaklumkan doktor segera. Untuk kecemasan sebenar, lebih baik terus ke hospital daripada ke klinik.