Lokasi klinik dan perjalanan dari Pasir Gudang
Alamat: No. 62, Jalan Kiambang, Taman Bunga Raya, 81750 Masai, Johor. Kami tiada cawangan di Pasir Gudang dan tidak beroperasi di dalam kilang atau tapak; pekerja datang ke klinik. Dari kebanyakan kawasan perindustrian Pasir Gudang, perjalanan biasanya 10 hingga 15 minit di luar waktu sibuk. Semasa pertukaran syif, apabila bas pekerja dan kenderaan berat keluar serentak, beri masa lebih.
Klinik ini telah berkhidmat di koridor Masai dan Pasir Gudang sejak 1976, jadi banyak majikan di sini sudah biasa menghantar pekerja untuk FOMEMA, medikal pra-pekerjaan dan surveilan.